“Itu la cara aku buat duit dengan review..”-Zarina Anjoulie Dikec4m Netizen Gara-Gara Berkongsi Rakaman Buat Sedvt Lemak Di Kuala Lumpur


Gara-gara berkongsi rakaman video melakukan rawatan sedvt lemak (Liposuction) di sebuah klinik di ibu kota, pelakon Zarina Anjoulie telah menjadi target netizen kerana merentas negeri.

“Ini sebab rentas negeri ka?” tanya individu yang menggunakan nama @iman_ayumi09.

Tidak ingin isu itu berlanjutan, Zarina, 34, berkata tujuan dia berulang-alik dari Nilai ke Kuala Lumpur adalah untuk urusan kerja.

Teg4snya, dia sudah mendapat kebenaran daripada Balai Polis Nilai dan tidak khuatir sekiranya terdapat individu yang ingin menyemak dengan pihak berkuasa terbabit.

“Tolong faham aku hari-hari kerja dekat Kuala Lumpur, kadang aku tak balik sebab keesokannya kena kerja siang, aku tinggal Nilai jauh nak balik.

“Surat kebenaran kerja aku mohon di Balai Polis Nilai. Kalau sesiapa tak puas hati boleh telefon terus balai polis tanya. Aku kerja bukan jalan-jalan cari karpet,” tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul menyatakan sumber pendapatan dia berpunca daripada hasil membuat ulasan atau dipanggil review.
 
“Bila orang bebel kata aku pergi Kuala Lumpur tiada kepentingan… acik kau tak ada kepentingan! Itu la cara aku buat duit dengan review, kau ingat semua duit amal aku buat pun datang dari mana? Review la.
 
“Tak akan laki (suami) kau kot yang tanggung aku kalau aku tak kerja. Kerja aku review buat Lipo dan dapat gaji,” katanya lagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak