Luang Sedikit Masa Untuk Sedekah Al-Fatihah, Foto ‘Rider’ Ziarah Kubur Cetus Hiba
Antara ujian yang cukup perit kita hadapi, antaranya adalah terpaksa berhadapan dengan kehilangan insan yang tersayang iaitu ahli keluarga kita sendiri.
Terbaru, tular di laman sosial media beberapa foto seorang penghantar makanan Grabfood, berada di kawasan tanah perkuburan Islam.
Singgah ziarah kubur atok & nenek
Mungkin ketika melihat motorsikal Grabfood, ada yang menyangka lelaki ini datang ke kawasan itu menghantar pesanan pelanggan.
Datang sedekah Al-Fatihah
Namun, hakikatnya dia singgah di tahah perkuburan adalah disebabkan mahu menziarahi kubur arwah atuk dan neneknya untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan doa, juga buat semua yang telah meninggal dunia.
Cucu yang soleh
Di ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan ucapan takziah di atas kehilangan atuk dan nenek penghantar makanan tersebut.
Sumber : Dik’am Nikotaki