“Bidadari Peluk Saya Kata Jangan Sedih, Allah Kan Ada”
Selepas beberapa hari melakukan misi bantuan di sekitar Malaysia, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew memuat naik perkongsian di Instagram akhirnya dia pulang ke rumah ke sisi keluarga untuk meluangkan masa dan berehat.
Ustaz Ebit turut memuat naik video memaparkan anak-anaknya yang gembira berpelukan dengan bapa mereka bagi melepaskan rindu. Menerusi perkongsian itu, Ustaz Ebit mengatakan dia tidak dapat menahan air mata kerana sangat rindukan isteri dan anak-anaknya.
“Setelah banyak hari perjalanan yang buat hati sayu dan saya belajar tentang kehidupan. Rindunya bidadari saya. Rindu anak-anak. Anugerah Allah dalam hidup.
“Ayah kenapa menangis. Rindu sangat pada bidadari dan anak ayah. Rindu ayah sangat. Ayah pun rindu anak-anak ayah. Ayah nak jadi baby boleh tak? Nak dukung. Seorang lagi ayah nak terbang. Boleh tak ayah.
Luah Ustaz Ebit, ke mana sahaja kita pergi, pelukan isteri dan anak-anak dapat mengubati segala-segalanya. Malah, Ustaz Ebit menyifatkan perjalanan kali ini membuatkan hatinya semakin sayu dan lebih mempelajari tentang kehidupan.
Dalam pada itu, Ustaz Ebit memberitahu isterinya turut berkata kepadanya jangan bersedih kerana Allah sentiasa ada bersama hambaNya.
“Allah kan ada. Kan dia jaga kita dari dulu sampai bila-bila. Allah punya semua. Nanti kita menangis sama-sama dalam doa supaya setiap orang yang kita jumpa bahagia dan kasih sayang hadir dalam setiap keluarga di seluruh dunia,” tulisnya.