Sebak Hargai Jasa, Anak2 Tahfiz Tadah Tangan Titip Doa Depan Semua ‘Frontliner’

Hari ini merupakan hari pertama umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah puasa. Walaupun dalam keadaan melawan pendemik Covid-19, rata-rata umat Islam masih optimis dan menjalani ibadah ini dengan tenang.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat seorang pendakwah bebas, Ustaz Abdullah Khairi, beliau telah memuat naik sebuah video menunjukkan anak-anak tahfiz membacakan doa buat frontliner.

Doa buat frontliner

Alunan bacaan doa tersebut pastinya mengundang sebak dihati warganet kerana dibacakan dalam keadaan penuh sopan serta mendoakan kesejahteraan pejuang-pejuang negara kita.


Berlinang air mata

Dalam pada itu juga, mereka turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang menjaga dan merawat mereka ketika dikuarantin kerana disyaki menjadi kontak rapat kepada mereka yang positif Covid-19 dari Masjid Sri Petaling.
Ucapan dan doa yang dilontarkan dalam esak tangis membuatkan warganet turut terkesan dan meninggalkan komen di ruangan sumber.

Semoga dipermudahkan dunia akhirat

Hebat akhlak anak muda